Thursday, 20 October 2011

apakah ini rindu ?


puas ku pejamkan mata yang tidak mengantuk...
puas ku pujuk...tapi mata tetap tidak mahu terpejam...
sesekali aku termenung...
apakah ini rindu??

ku miring ke kanan...
masih berharap mataku akan terlena...
ku miring ke kiri...
tapi mata tetap berdegil... 
apakah ini rindu??

Ya Allah...
aku tidak berdaya menahan perasaan ini...
jika benar dia milikku...
hapuskan resah ini...
agar hatiku sentiasa tenang dalam penantian...

sesekali terngiang di telinga lagu kegemaranku...
' Doa Seorang Kekasih'
dinyanyikan oleh kumpulan nasyid terkenal...
ya ! hanya doa yg mampu aku hadiahkan untuknya...
berharap dia juga merindui aku dan sentiasa tabah dalam penantian...

ku pandang potretnya yang ku simpan di dalam kamar...
ku membalas senyumnya...
" tak pernah ku jemu memandangmu "
Ya Allah, sungguh indah perasaan ini....

aku memandang kosong ke syiling...
masih teringat saat-saat kita solat maghrib berjemaah bersama-sama
kau imamku...aku makmummu...
ku dapat rase satu perasaan yg sukar untuk digambarkan...
hadiah hari lahirku yang paling bermakna...
Terima Kasih...

ku pegang telefon...
jari rase ingin mendail nombor 'ABG ROOM'
tapi..sudah agak lewat....
takut mengganggu tidur lenamu...
ku letak semula telefon di sisi katil..
teringat nasihatmu...
"kalau tidur, jgn letak hp kat sebelah..bahaya.."
ku letak telefon agak jauh sedikit dr kepala....

aku duduk di hadapan komputer riba...
aku bersedia untuk menaip...
blog Si Jantung Hati menjadi sasaran utama...
di sini aku curahkan segala isi hatiku...
Sayang....
sesungguhnya aku rindukanmu

aku redha dengan semua ini...
andai jarak dan kebisuan ini adalah yang tebaik buat kita...
aku bersyukur...
aku tidak pernah tamak...

cukuplah sekadar...
rasa RINDU di hatimu buatku....

by
'Si Jantung Hati'
buat
'Si Buah Hati'

wanita yang DIJAUHI untuk dikahwini

gambar hiasan je ni



Sebahagian daripada ulamak Arab telah berkata: Janganlah kamu mengahwini perempuan yang mempunyai enam sifat di bawah ini :
1. Perempuan yang sentiasa keluh-kesah dan mengadu mengenai dirinya itu dan ini. Di samping itu juga dia gemar menghiasi dirinya agar kelihatan cantik. Dalam perkahwinan, perempuan ini akan menyakitkan hati dan tidak akan memperoleh sebarang kebajikan darinya.
2. Perempuan yang suka mengungkit-ngungkit setiap kebaikan yang telah dilakukan terhadap suami. Katanya kepada suami: "Aku telah melakukan kebaikan begini dan begitu kepada engkau tetapi engkau tidak pernah melakukan suatu apapun kebaikan padaku."
3. Ingin kepada lelaki lain dan ingin kepada anak dari suaminya yang lain. Perempuan yang bersifat begini wajib
dijauhi daripada dikahwini.
4. Perempuan yang materialistik. Dia mahu membebankan suami dengan menyuruhnya membelikan untuknya itu dan ini.
5. Perempuan yang mempunyai dua sifat, iaitu:
i. Perempuan yang gemar bersolek agar dirinya kelihatan cantik dan bergaya. Kemudian dia keluar ke sana sini untuk memperaga kecantikannya.
ii. Perempuan yang cerewet terhadap makanan dan tidak makan kecuali bersendirian. Ditambah pula dengan sikapnya yang tidak pernah merasa cukup terhadap pemberian suami.
6. Perempuan yang banyak cakap atau becok mulutnya