Dah lama tak menulis di blog ni. Genap 2 tahun usia perkahwinan kami, tapi aku masih belum pregnant. Usaha? Dah macam2 usaha yang kami buat. Doktor, berurut, jumpa ustaz, makan supplement, makan jamu. Tapi Allah masih belum izinkan untuk aku pregnant. Air mata? Dah hampir kering rasanya. Tengok orang mengandung, nangis. Tengok orang dukung baby, nangis. Tengok orang azankan baby, nangis. Dapat berita sedara mara atau kawan2 mengandung, nangis. Tengok kawan2 post gambar anak baru lahir, nangis. Doa? Setiap hari berdoa. Makan ubat berdoa. Bermacam2 zikir yang dah diamalkan. Tapi Allah masih belum izinkan.
Bila sorang2 kat rumah, mulalah rasa sunyi datang. Oh seronoknya kalau ada anak, boleh berbual, bermain, peluk, cium, menangis, bergembira, ketawa dengan dia. Jadi peneman bila suami keluar cari rezeki. Tapi, itu semua angan2. Pernah suarakan hasrat nak ambil anak angkat, tapi ramai yang membangkang. Macam2 teori yang keluar. Terus lupakan hasrat hati. Mereka tak tahu, aku sunyi!
Suami... dia kekuatan, dia inspirasi, dia segalanya. Sedih hati seorang isteri bila tak dapat bagi dia anak. Hancur hati seorang isteri bila doktor sahkan aku penghidap pcos, aku susah mengandung tanpa bantuan ubat. Ikotkan hati, aku dah tak sanggup nak telan ubat dah, aku tak sanggup nak kena scan atas bawah dah, aku tak sanggup nak kena cucuk dengan jarum ambil darah banyak kali, aku tak sanggup nak ulang alik hospital setiap bulan. Tapi demi buah hati, aku kuatkan hati, aku tabahkan hati. Aku yakin Allah tengok usaha kami. Pasti ada rezeki kami.
Nak mengadu? Dah tak taw nak mengadu kat sape. Hanya Allah tempat mengadu, tempat menangis, tempat merayu. Ini ujian, ya... ini bahagian kami. Nak tak nak kami perlu lalui jugak. Selalu pujuk hati, walau kadang2 iman ni goyah jugak. Yelah, kita cuma manusia biasa. Kadang2 keluar persoalan, kenapa susah bagi aku? Senang je bagi orang lain? Dan aku cepat2 Istighfar, ini bahagian aku. Sabar itu indah.
Aku perlu bersyukur, dalam Allah uji, terlalu banyak kenikmatan yang dia dah bagi. Suami yang baik, keluarga mertua yang baik, kesihatan yang baik, pekerjaan yang baik dan rezeki yang baik. Alhamdulillah. Aku terpilih untuk ujian ni, aku kena bersyukur sebab ujian itu tanda Allah sayang. Allahhuakbar.
Kepada suami, maafkan aku kerana belum dapat memberi zuriat kepada abang, teruslah di sisi aku kerana aku tak akan mampu harungi ujian ni tanpa abang di sisi. Saya sayang abang. Kepada mak dan abah, fahamilah... angah bukan taknak bagi cucu, tapi belum rezeki kami lagi. Kepada saudara mara, tolonglah berhenti bertanya bila aku nak mengandung, tapi doakanlah supaya kami beroleh zuriat. Kerana soalan kalian hanya buat hati ini semakin tertekan. Kepada kawan2, hormatilah perasaan kami. Jangan terlalu riak dengan rezeki anak yang Allah bagi kerana itu hanya pinjaman. Kepada yang medoakan, teruskanlah mendoakan kami, mana tahu ada doa2 yang Allah makbulkan. Amin. Kepada pihak yang bantu kami dari segi nasihat, ikhtiar dan kata2 semangat. Alhamdulillah terima kasih banyak2 atas keprihatinan kalian. Ssmoga Allah balas yang baik2 untuk kalian.
Diari Hati Seorang Isteri, Anak, Saudara dan Teman Kalian.