Alhamdulillah, hampir 8 tahun kami berusaha akhirnya Allah izinkan malaikat kecil menghuni rahim ini. Subhanallah... Tarikh keramat 24 Mac 2021 akan tersimpan rapi dalam diari hidup kami, di mana pertama kali dalam hidup dapat upt positive. Perasaan waktu itu macam tak percaya, macam mimpi.
Masih ingat waktu tu balik dari kerja, hati tergerak nak buat upt,sebab malam tu mimpi cek upt positif. Period pun dah lewat sehari. Sebelum tu dah siap2 suruh andik belikan upt clear blue. Mula2 pakai upt murah, sambil celup pejam mata memang tak mengharap langsung. Bila tengok ade 2 line, badan da start menggigil. Berlari keluar ambik upt clear blue. Berdebar jantung nak tunggu result. Lepas 20 second keluar tulisan 'pregnant 2-3'. Allah rasa macam nak meraung tp tahan, ambik wudhu' terus solat n sujud syukur.
Selesai solat, terus ambik upt tunjuk kat andik. Badan masih menggigil masa tu. Dia tengok dia buat muka blur tak percaya. Lama dia tenung 😂 lepastu dia peluk zella n tak henti2 ucap syukur. Waktu tu zella da menangis dah. Kakak Ainul pon join sekali peluk siap tanya 'nape mi? Nape?'. Sian dia tak faham lagi 😆
Kalau nak cerita bab usaha, boleh sebak rasanya. Macam2 kami buat. Cara moden (government), macam2 supplement dok telan, susu hamil berkotak2, berubat jumpa ustaz lagi, dapat taw org pregnant dengan cara ni cara tu mesti kami buat. Tapi Allah masih belum izinkan. Air mata jangan cakaplah. Alhamdulillah dapat suami yang faham n family yang sentiasa support buat diri makin kuat.
Sampailah ada seorang insan yang baik hati share seorang doktor di Pakar Kempas iaitu Dr Kevin. Kami bincang dan setuju nak jumpa Dr Kevin. Pertama kali jumpa Dr Kevin kami dah rasa bersemangat sebab Dr sangat positive dan dia bagi penerangan sangat detail. Dia ingatkan zella untuk kuat semangat dan yakin dengan tuhan (Allah). PCOS agak susah untuk hamil tetapi ramai patient dia yang berjaya hamil.
Kami ulang alik Kempas dari jun 2020 sampailah mac 2021. Akhirnya cycle ke 6 (da hampir putus asa) zella berjaya conceive. Tak sempat nak buat hsg (700++) n plan nak buat iui (2500) lepastu. Allah maha kaya maha besar dan maha mendengar. Dia makbulkan doa kami tepat pada masanya. Allahuakbar 😭😭
Sini zella share antara usaha lain zella buat sepanjang ttc sebelum disahkan preggy (badan masing2 tak sama,mana yang mampu bole follow):
1. Diet suku suku separuh (start jun 2020)
2. Usaha turunkan berat badan sekurangnya 10%. Zella berjaya turun 15kg.
3. Senaman zumba,jogging,tabata. Lepas waktu subur buat senaman ringan2.
4. Detox setiap hari (zella ada jual 😁)
5. Tidur awal bangun awal (jaga kualiti tidur)
6. Kawal stress
7. Stop supplement yang tinggi kandungan gula macam jus.
8. Tukar beras kepada beras basmathi/parboiled/perang (low Gi)
9. Usaha kawal pemakanan, kurangkan gula, kurangkan karbo, kurangkan tepung, kurangkan fast food.
10. Banyakkan makan buah dan sayur hijau.
11. Ambil supplement. Fish oil, coq10 ubiquinol,surbec zinc (multivitamin n multimineral),vit d,folic acid (saranan pakar nutrisi) Zella konsisten 6 bulan
12. Metformin sehari 2 biji (Dr bagi)
13. Ikhtiar berubat dengan ustaz mujahidin al-banjari (pusat perubatan islam al-mujahidin,Melaka) sekali je kami pergi.
14. Amalkan kelapa bakar ustaz mujahidin. 5 hari sekali selepas period. Minum sampai mengandung. (Selepas 2 bulan amalkan, alhamdulillah disahkan pregnant)
15. Berurut.
16. Sedekah (orang terdekat dulu)
17. Istighfar dan zikir 'ya musawwir' sambil gosok perut setiap hari dan selepas bersama suami.
18. Bercakap dengan kucing (bobby) suruh dia doakan umi dapat bby 🤭
19. Kalau jumpa ibu mengandung suka gosok perut dia n kadang2 laga perut 😂. Lepastu suruh dia doakan zella sebab doa ibu mengandung ni insyaAllah makbul.
20. Suami pulak zella suruh dia stop merokok n kaffein. Amalkan suku suku separuh dan diet ofkos!
21. Suami ambil supplement speman himalaya, surbec zinc. Lepas 3 bulan doktor tukar bio-selenium plus.
22. Doa usaha redha tawakkal. (Ni penting)
23. Setiapkali lepas solat amalkan baca doa nabi zakaria.
24. Mintak mak abah doakan. Dan setiapkali berdoa jual nama diorang. Contoh : Ya Allah izinkan aku mengandung dan aku nak mak n abah sempat tengok muka cucu mereka.
25. Bersangka baik dengan Allah. Bersabarlah.
26. Jangan fikirkan sangat n jangan push diri untuk cepat2 mengandung. Rilex n cool je. Buat tak taww je 😊 (ni paling susah huhu)
Kami percaya ni rezeki jaga n besarkan Ainul Mardhiah buah hati kami. Doa dia... Alhamdulillah
Allah pandang usaha kita, jadi jangan pernah berhenti untuk berikhtiar. Selagi ikhtiar itu tak bertentangan dengan syarak. Why not kan? Ingat, selagi kita ada rahim selagi tu kita masih ada peluang untuk hamil.
Zella doakan untuk yang tengah usaha untuk hamil akan merasa jugak satu hari nanti. Yang penting, sayang diri kita dulu (diet n jaga makan) nanti badan kita akan berterima kasih pada kita. Tubuh badan adalah amanah Allah. Kuatkan semangat. Doakan zella n kandungan sihat sampai hari melahirkan ya.
Kalau nak tanya personal boleh je pm zella.. insyaAllah kita sharing same2 😘 i feel u. Hanya yang pernah melaluinya saja yang akan faham 😊
Sharing ni tiada niat langsung nak menunjuk atau riak dengan anugerah ini. Bersihkan hati kita dan terima dengan positive. Biasakan doa yang baik2 untuk orang lain, insyaAllah doa itu akan berbalik pada kita semula. Allah maha baik 🌹